Quantcast
Channel: Lynn Munir...and i will do it my way
Viewing all 146 articles
Browse latest View live

Cerita lucah ???

$
0
0
Keyword'cerita ' rupanya menjadi keyword yang paling banyak dicari
di Google. Alkisah ia mempunyai carian sebanyak 41,300,000 bagi setiap 0.53 saat.
Dan yang nak perasan syoknya, entri aku yang bercerita tentang aktviti cuti sekolah
berada di tangga ke dua muka pertama carian keyword itu.

Yang tak sedapnya pulak cerita-cerita yang ada di page pertama tu kebanyaknnya
cerita lucah,bokep dan segala cerita sengal yang buat otak aku huru hara hingga
aku rasa nak pitam. Dan kat situ lah blog aku tersenarai.
Jahat taw Pak Cik Google ni.

Dan di saat entri ini diterbitkan carian kata kunci ' cerita' dah naik kepada 41,400,000
setiap 0.59 saat.
                                     
cerita lucah, bokep, lucah terlampau, kisah lucah,lynn munir penulis kisah lucah.
                                 
Huh.., tak de kena mengena betul.

SEPAI - Macam Bela Rimau

$
0
0

Mata birunya yang bersinar terang membuat aku tergamam setiap kali aku
membuka pintu rumah. Bertahun aku mengingau untuk memilikinya. Tapi
ia hanya menjengah, singgah ke rumah namun tak mahu dimiliki. Akugila
memandangmatanya. Terpukau dan jatuh cinta saat menatap mata biru itu.
Namun ia cepat menghilangkan diri saat kepergok denganku. Susupsasap
berlari lewat semak dan rumah dikejiranan. Haii......mimpikah akuuntuk
memilikinya ?

Tapi kata orang ' kalau dah jodoh tak ke mana '......................................
Hari itu sebaik memarkir kereta di rumah sebelah, aku mendengar Daniel
menyergah, HAH !!!!

Hafizul yang baru turun kereta berlari mengepung dari pagar rumah sebelah.
Sedang aku masih lagi terpinga-pinga memerhatikan telatah 2 beradik itu.

"Kak Nurul !!! Halau kucing siam tu masuk ke dalam rumah !!!!, ' Daniel menjerit
memberi arahan kepada Nurul dari luar. Laju kucing siam itu berlari, setangkas
itu pula Nurul bingkas membuka pintu tandas bawah dan menutupnya dari luar.
Baamm ! Pintu tandas berbunyi dengan kuat. Nurul dan Daniel memekik keriangan.
Hafizultersengihsuka. Aku lagi lah suka kerana memang dah lama aku mengidam
ingin memilik kucing siam yang telinga dan ekornya coklat tua dan mata biru air laut
yang sangat cantik. Tak dapat dibayangkan perasaan aku. Akusukaaaaa !!!

Berlari aku mengambil sangkar kucing dari rumah sebelah, membawanya masuk
ke dalam rumah dan menutup pintu luar dengan pantas. Kali ni mesti dapat. Hafizul
dengan gaya hero membuka pintu tandas dan cuba menangkap kucing yang sudah
terperangkapdi situ. Bingkas si kucing melompat keluar. Mencakar ke sana sini.
' Arrghhh..., kucing ni gigit tangan Hafiz maa !! 'Dia menjerit kesakitan.

Aku berlari ke dapur dan melihat bagaimana cekapnya kucing siam tu memanjat
dinding dapur dan melompat ke sana sini untuk melepaskan diri. Sangkarkucing
aku tolak ke dapur. Pintunya aku biarkan terbuka. Hafizul yang sakit digigit kucing
aku abaikan. Kucing tu kami kejar hingga ke ruang tamu semula. Akuarahkan
anak-anak mengepung dari segenap penjuru dan mengumpannya untuk memasuki
sangkar yang terbuka . Menyedari dirinya terkepung dan untuk menyelamatkan
diri, kucing itu berlari masuk ke sangkar yang sengaja dibiarkan ternganga pintu
nya. Kucing siam meloncat masuk dan...... daamm ! Pintusangkar aku tutup.

Kucing siam liar tak bertuan itu akhirnya berjaya dimiliki. Dulu emak, datuk
dan neneknya tak berjaya aku perangkap. Kelompok keluarga kucing siam ini
memang hidup meliar tanpa bertuan. Bukan tak pernah ada yang menangkapnya,
kami jatuh tunggang langgang bila mengejar. Species inicergas, cekap memanjat
pagar yang tinggi dan berduri untuk menyelamatkan diri dari dikejar dan ditangkap.

Masaalahnya.......dah lebih 2 minggu aku konon mengurung kucing siam itu untuk
dijinakkan. Haram, dia tak berubah sikap. Aku ingat bila dikurung seminggu, mau
le dia lembut hati dengan kami - tuan barunya. Rupanya salah percaturan kami ni.
Kucing liar memang tidak mudah dijinakkan !

                                   
Cara menjinakkan kucing liar,kucing hutan, kucing siam, kucing cantik,mata kucing warna biru, cara menjinakkan kucing
Sepai. Waktu ni muka dah ramah sikit ler.

baka kucing siam,cara menjinakkan kucing liar, sangkar kucing,  sepai, sepai-sepai, kucing siam
Cuak.

Elsa berjaya menambat hati Sepai

Foxy & Betty asalnya adalah anak kucing liar garang yang menjadi anak angkat Elsa.
Anak-anak kucing yang aku jumpa dalam hujan ni disusukan oleh Elsa akhirnya.

 
Snow buat muka stone


Kerana kucing ini kucing siam, kami namakan dia SEPAI.Sempena keadaan
rumah kami yang bersepai sewaktu memperambatnya tempohari. 2 minggudah
berlalu, aku terasa seperti mengurung dan membela seekor rimau. Sepailangsung
tak boleh diajak berunding. Dah lah waktu mula dikurung di melompat ke sana
ke mari dalam sangkar. Dan lebih takjub, tenaga kucing liar tu mampu mengoncang
jerigi sangkar hingga jiran aku yang menjengah semua terkejut. Terkejutkerana
tidak menyangka aksinya mengalahkan beruk dan orang hutan di  Zoo Negara.
Jangan tak percaya Sepai mengoncang sangkar hampir setengah hari sehingga
mukanya luka-luka. Aku anak beranak nak hulur makan pun takut. Bimbang
dicakar ataudigigit. Bekas yang berisimakan dan air minum akuhulur dengan
perasaan cuak. Mata Sepai ? Jangan tanya. Anak matanya bertukar warna merah
dan menjadi besar. Sinar kemarahan dan bengis memang terpancar di matanya.

Kasi minum susu tak jalan. Punyalah nak tunjuk dia memberontak. Ditendangnya
susu dan diterbaliknyannya bekas makanan. Dia mogok lapar sampai malam.
Bila kami hulur makan haram tak dijamahnya. Tapi bila kami tinggal masuk
rumah dan tak ada orang tengok, bukan main lagi dia makan laju-laju. Aeikk....,
kucing pun pandai main trick danguna psikologi padamanusia ?
Jangan tak percaya.....huhh.

Aku ada baca la orang share kat FB, cuba bagi makan kucing dan hulur guna mulut
sendiri...., tak beranilah aku nak cuba. Takut rabak pulak mulut aku nanti. Siapa
nak ganti ?

Jenuh Nurul ajak berbual dan nak usap BELAI. Konon nak garu tengkuk kucing tu
ler. Biasanya kucing akan suka dan jinak bila diperlakukan begitu. Hari-hari Nurul
dan Natasha tawaf sekeliling sangkar cuba untuk bercakap dan nak usap badan
kucingtu. Memang, tak makan saman punya kucing. Di Khaanya ( menyeringai
tayanggigi taring yang tajam pada Nurul ). Kat aku pun dia buat cam tu juga.

Bila usaha menjinakkan Si Sepai jadi bersepai, aku guna strategi baru. Lewatkan
bagi makan, dengan harapan bila dia dah kelaparan nanti jinak ler sikit dan minta
dikasihani. Sampai ke sudah Sepai buat bodoh. Mengiauminta makan pun
tidak. Aku pulak yang bimbang jika berkeras tak bagi makan......, kucing tu
akan mati kejung dalam sangkar. Akubelumlahlaginak buat kerja part time, kira
 bulu kucing kat akhirat. Nanti korang semua dah terima bahagian masing-masing
..., akulah pulak yang masih sibuk mengira bulu kucing yang jumlahnya tak tahu
berapa puluh trillion.

Masuk hari ke 13, aku dah hilang sabar bila segala usaha memujuk dan berdamai
yang kami lakukan tidak berjaya. Aku tarik sangkar Sepai ke laman. Paip air aku
buka perlahan dan aku pancut Sepai. Niat aku biar hilang segala setan-setan liar
yang ada di otakkucingtu. Wah, Sepai jadi macam tikus gila yang kuncup dan
berlari ke sana ke mari di dalam sangkar. Mengiau dengan suara garang sambil
menyeringaikat aku. Susah sungguh menakluk si kucing siam nih. Akuterus
bilang pada anak-anak untuk menyiram Sepai hari-hari sewaktu membersihkan
sarang. 3 hari kami buat begitu hanya melembutkan hati Sepai lima persen.
Dia hanya kasi kami sentuh ekornya selama 10 saat sebelum mengalih tempat
dan memerhatikan kami semua dengan muka cuak. Kucing punya jelingan
boleh bawak maut korang tau..........

Semalam aku mengubah teknik. Teknik yang akugodeh di internet dan FB tak
dapat membantu langsung. Mula-mula aku masukkan anak-anak Elsa ke dalam
sangkar Sepai. Anak-anak aku semua melarang, bimbang anak-anak kucing tu
semua dicakar Sepai. Aku buat tak tau dengan rayuan mereka. Snow anak si Elsa
selamba datang dan mencium Sepai. Sepaiterdiam. Berkutik pun tidak. Kemudian
Foxy dan Betty. 3 ekor anak kucing itu aku kurung bersama Sepai dalam satu
sangkar. Sepai membiarkan anak-anak kucing itu menghampiri dan menghidunya.
Selepas 15 minit aku masukkan pula kucing jantan taiko kat rumah aku. Sekali
lagi Natasha dan Nurul menjerit, ' jangan maa, Aslan la yang selalu kejar dan
belasah Sepai kat luar tu. Sepai takut dengan Aslan maa....."

Aku pekakkan telinga dan tolak bontot Aslan ke  dalam sarang.  2 minit berlalu
dan setakat ni Sepai masih selamat tak dikerjakan si Aslan. Elsa yang terjengah
-jengah di luar aku tangkap dan masukkan juga ke dalam sarang. Kali ni Daniel
pulak membantah. ' Hemm......, memang kena sepak la Si Sepai tu nanti. Elsa
tu kan garang ma...' Hafizul dah palingkan muka ke arah lain. Taksanggup
melihat pergaduhan kucing-kucing ultraman yang dijangkanya berlaku. Dan
akhirnya aku biarkan kucing-kucing seramai 6 ekor dalam satu sangkar !

Aku kurung mereka bersama untuk selama 2 jam sebelum melepaskan mereka
semua. Ternyata kucing-kucing itu dah mula berkomunkasi sesama sendiri. Pagi
tadi aku cuba berbaik semula dengan Sepai. Ehh, dia buat muka masam balik
dan menjelingaku. Apa aku nak buat kat ko Sepai ????

Aku ambik Elsa dan masukkan ke dalam sangkar Sepai. Elsa marah dikurung
tiba-tiba. Aku masuk ke dalam rumah, tarik kain langsir dan mengintai kucing
berdua tu dari celah langsir. Elsa membuangmuka ke arah lain. Sementara
Sepai mula mengadap Elsa dengan penuh minat. Aku masukkan ikan dalam
bekas makanan dan hulurkan pada Elsa ( misi nak buat Sepai geram ler ni ).
Elsa makan semua ikan tu dan tinggalkan sikit untuk Sepai yang memerhati
Elsa makan dengan penuh minat. Sesekali Sepai menoleh sekeliling untuk
memastikan yang aku tidak melihat dia makan dengan lahap. Dahtentulahaku
tersengih di sebalik langsir kan...........

Selepas makan dan minum Sepai mula duduk rapat-rapat dengan Elsa. Macam
biasalah kucing kacuk parsi betina aku buat muka derk jer. 2 jam merekaaku
kurung bersama. Aku menghampiri sangkar dan perlahan-lahan memegang
ekor Sepai. Dia tak tolak engkauuu.........

Aku hulurkan jari ke dalam sangkar dan usap badan dia pulak berhati-hati.
Bimbang juga kalau angin rimaunya datang, jari aku kang kena gigit. Eh.....,
dia biarkan jugak. Tak pulak menarik ekornya kembali macam biasa. Hehe...
aku tau dahh..., ini semua penangan Si Elsa. Sepai gatal nak berbini lerr tu.
Rupanya hanya Elsa yang berjaya melembutkan hati Sepai si kucing siam.

Hehehe.........., tunggulah nasib ko Sepai. Jangan main-main dengan Si Elsa.
Dia berani tampar anjing. Berani bertarik ikan dari mulut anjing. Sekali ko
kena tampar dengan Elsa, bodoh ler nanti tu.
Ada hati nak berbini......chit !



Cerita cita-cita

$
0
0

" Cita-cita ku menjadi orang kaya hei "
Hehe...abaikan perkataan ' hei ' yang aku sengaja tambah tu. 
Saja nak bagi mood ceria pagi hari ni. Selalu entri aku buat dinihari......

                                       Ơ̴̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴̴̴̴̴̴͡º°˚˚°ºGoodº°˚˚°º                             
                                    º°˚˚°ºMorning  All º°˚˚°º

Pening kepala bila aku tanya si Natasha dia nak jadi apa. Nak sambung kursus
apa bila habis SPM nanti. Atau apa cita-cita dia. Dia boleh jawab kat aku, 
'entahlah. Tasha pun tak fikir lagi nak jadi apa dan nak ambik kursus apa.....'
Boleh gitu ?Tahundepan dah nak exam SPM ni. Sabarajalah........


Dia tak tahu ke yang bercita-cita itu penting untuk menentukan  hala tuju dalam
pencapaiandan kehidupan ? Dalam banyak aspek cita-cita adalah pemangkin
semangat yang bakal menjadi motivasi ke arah kejayaan. Bukan dia tak pernah
melalui saat ditanya guru sejak dari sekolah rendah lagi, ' cita-cita kamu nak jadi
apa ?' Lepas tu sorang demi sorang kena bangun memberikan jawapan spontan
tentang apa kita nak jadi bila besar nanti.

Dulu bila cikgu tanya aku di sekolah , ' sebutkan cita-cita awak.' Aku pun terus
bagi 3 jawapan :-

1. Aku nak jadi wartawan
2. Aku nak jadi lawyer
3. Aku nak jadi novelis

Tapi bila dah besar sikit aku tertarik pulak dalam bidang kesetiausahaan 
( masa tu jurusan kesetiausahaan popular kat ITM hehe ). Puas abang angkat
aku bagi nasihat dan cuba mempengaruhi aku, " jangan dik, jangan. Jadi
setiausaha nanti akhirnya duduk kat peha bos ler tu. Ambiklahkursus lain. "
Eleh, tak semua yang begitu. Tak bagi semangat langsung Abang Rahmat.
Dia cadang kat aku sambung belajar kat bidang geologi. Akubukanminat
geografi. Akuminatsejarah.

Tapi kemudiannya waktu aku dapat peluang interview ke ITM , yang interview
tu tanya aku apa bidang yang sebenarnya aku nak mohon ? Jawab aku, pertama 
nak mohon pengajian undang-undang, kedua aku nak mohon jurusan kesetiausahaan.

Aku ingat lagi muka pegawai hitam manis berambut kerinting tu  jawab kat aku,
, " Tak payahlah masuk ITM, lagi elok awak sambung belajar ke form six."

Dan aku balik bodoh hari tu kerana  menyangka aku tidak diterima dan terus 
sambungke form six. Terbang impian nak ke  ITM. Sehinggalahemakmeninggal
5 tahun lepas dan setelah selesai urusan pengkebumian, kakak aku menyerahkan 
beberapa keping surat yang salah satunya buat aku terkejut beruk. Gembira, sedih,
bangga, marah, meradang semuanya ada. Salah satu suratyang aku buka menyata
kan yang permohonan aku untuk belajar di jurusan undang-undang yang ( paling
aku minati ) rupanya diterima. Ya Allah, mati-mati aku ingat permohonan
aku ditolak selama ni. Kenapamaksembunyikan ?Kenapamak tak bagitahu ?

21 tahun telah berlalu. Terkilan kah aku ? 

Memang mak tak mahu aku belajar jauh. Dia tak mahu aku tinggalkan dia.
Tapi mak tetap tak dapat menghalang aku dari merantau. Habis STP aku
berhijrahjuga ke tempat lain. Aku hanya pulang ke kampung bila cuti menziarahi
makdanbapak.

Minggu ini Farah habis pengajian diplomanya. Tahun depan jika diizin Tuhan
dia akan pergi ke luar negara untuk menyambung pelajaran.. Akugalakan. Pergilah.
Pergilah merantau terlanjur masih muda dan belum berpunya. Raihlahpengetahuan
danpengalaman. Balik lah semula ke negara ini untuk menabur bakti. Jangan
menggigit tangan mereka yang telah menghantar mu ke sana.


Ah...mudah-mudahan aja ya.

Bahlol

$
0
0
Marah bila dipanggil bahlol ? Lain kali jangan marah,ucapkanalhamdulilah.
Meh tengok video nimeh ...

                                           


Boring

$
0
0
Sesetengahperkaraakuni memang old school sikit. Akulambatberubah.
Akulambat jemu....., slow pick up kekadang. Hehe...., well that's me. Aku
jarang mengubah susun alih perabut di rumah. Nak ubah setahun sekali pun
payah. Tapi bila aku dah bosan memang jawabnya aku humban ler. Bilaaku
dah humban memang aku tak kutip baliklah walaupun sesuatu barang tu boleh
dibaik pulih. Poyo.
Errkk....,ada aku kisah ke ?

Masaalahnya aku dah mula jemu dengan blog aku sekarang. Alamak ???
Ayo yo, betul-betul sudah jemu ka ? Err..,,kekadang ler aku rasa jemu.
Terasadah tua. Malas nak berblogging dah.

Eleh, dulu masa aku start berbloging pun cuma nak mengisi masa lapang.
Cumauntukhilangkan boring. Jadi sebenarnya aku ni betul dah boring ke
atau boring dengan template old school ni ?

Esoklah baru aku sambung fikir. Boring sangat ....delete jerterus.
Habis cerita.

                      Kalau bulan bisa ngomong
                           Dia pasti tak akan bo’ong

Penangguhan sesi persekolahan 2015 akibat banjir

$
0
0

Banjir teruk yang dialami oleh negeri-negeri Pantai Timur dan tempias yang 
dirasaioleh beberapa negeri Pantai Barat akhirnya memaksa Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat
pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan 2015 untuk seluruh negara. 
Kenyataan penangguhan sesi persekolahan itu dikeluarkan hari ini.

Penangguhan seminggu ini bermaksud memberi masa dan kelonggaran
melakukan gerakan pemulihan dan gotong royong pembersihan kawasan sekolah 
bagi memastikan anak-anak dapat belajar dengan selamat, selesa dan sempurna.

Sesi persekolahan bagi tahun 2015 akan bermula pada 12/1/2015 ( Isnin ) 
di seluruh negara. Sementara bagi negeri Kedah, Terangganu,Kelantan dan Johor 
sesi persekolahan 2015 akan dimulakan pada 11/1/2015 (Ahad).

Moga berita ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada semua. Untuk
berita selanjutnya boleh dibaca 




Bangkai pesawat QZ8501 Air Asia telah ditemui.

$
0
0
Bertapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 1.34pm Media
Indonesia melapurkan tentang penemuan bangkai pesawat Air Asia QZ8501
ditemui. Jurucakap Tentera Laut Indonesia – Manahan Simorangkir telah
mengesahkan penemuan itu untuk TVONE.

                                               
TVONE, tvone indonesia,pesawat air asia ditemui,korban pesawat QZ8501 air asia, penemuan bangkai pesawat air asia.



Pesawat QZ8501 telah mengakhiri penerbangannya di Laut Jawa dan sehingga
kini lebih 40 mayat korban nahas ditemukan. Misi menyelamat juga telah 
menemukan sejumlah barang dan serpihan lain dari pesawat AirAsia seperti 
pelampung dan kotak berwarna merah, serta serpihan putih yang ditemukan tidak
jauh dari penemuan awal iaitu di Selat Karimata yang terletak di selatan 
Perairan Pangkalan Bun.


Ya Allah, berilah ketabahan kepada keluarga mangsa untuk menghadapi masa
sulit dan mengatasi kesedihan ini. Takziah untuk keluarga mangsa namun yang 
pergi sudah tertulis takdirnya tapi yang masih hidup harus tabah dan kuat bagi 
menyambung tanggungjawab yang tergalas di bahu mereka untuk meneruskan kehidupan.

Happy 2015 dari Red Army Choir

$
0
0

Hari ke 5 di tahun baru 2015.  Lagu Happy dendangan penyanyi danpenulis 
lagu asal Pharrell Williamstelah  dinyanyikan dan divideokan oleh kumpulan 
Red Army Choir yang dianggotai sepenuhnya oleh tentera Russia. Red Army 
Choir ditubuhkan di Rusia pada zaman Stanlin iaitu pada tahun 1939. Kumpulan 
Koir Tentera iniberperananmenghiburkandanmemberisemangatkepadapara 
tentera Rusia yang keletihan dan kehilangan semangat akibat perang dunia ke 2.

Jika sebelum ini lagu-lagu tradisi Rusia begitu senonim dengan kumpulan koir ini, 
dengan keluarnya klip video dari pihak Red Army Choir ini mengubah persepsi barat
terhadap Negara yang dipinggirkanini.

Bertarikh29hb Disember 2014 klip video Happy yang menampilkanaskar Rusia 
yang menari di jalanan dimuat naik ke internet dan sejak itu ia telah menjadi viral. 
Ia menjadi membuka tirai 2015 dengan imej ramah dan ceria dari Rusia.

Red Army Choirtelahmembuatkelainan dengan merakamdanmenvideokan 
nyayiandanpengelibatan seluruh anggota mereka dalam  klip video  Happy 
dan Get Lucky. Lagu barat versi Rusia.

Video ituwalaupunmendapat like sebanyak 366,616 ( sehinggaberita ini ditulis )
namun tidak lari dari keceman dari ejekan dari yang anti rusia. Tapi bagi saya, 
music knows NO boundaries. So what the heck. Setidaknya ini menunjukkan yang 
anggotatentera Rusia bukanlah robot. Jika biasanya seorang Rusia itu memang
payah untuk kelihatan tersenyum dan ketawa tetapi melalui video ini kita bukan 
saja melihat mereka menyanyi dengan penuh semangat malahan juga memberikan 
senyumanramah.

Apa pun Preseden Putin memang selalu berjaya membuat orang mengubah 
penilaianterhadap Rusia. Dari aspek  politikdanekonomi ( walaupundikenakan
sekatan oleh Amerika ), Putin sentiasa boleh checkmate dengan lawannya. Syabas.





Bawang sebagai penyerap toksin

$
0
0
Bawang dikenali oleh seluruh bangsa dan ia adalah antara bahan yang wajib
adadidapur. Bawang digunakan sebagai perencah dalam masakan.
Bawang yang dicampur ke dalam masakan memberi rasa manis semulajadi dan
membangkitkan aroma masakan. Bawang putih, bawang merah danhalia yang
ditumis untuk perencah sup memang berupaya memberi bau wangi yang menusuk
hidung, merangsang saraf dan darah justeru membangkit selera juga rasa lapar.

Tidak kira apa jenis bawang, ia adalah penyerap toksin terhebat. Bawangdan
keluarganya merupakan anti mikrobdan anti bakteria. Semasazaman wabak
penyakit melanda England dahulu, masyarakat di sana sentiasa menyimpan
bawang yang telah dicincang dan digunakan untuk menyerap toksin dan membersih
udara.  

Banyak orang melakukan penjimatan dalam perbelanjaan rumah tangga termasuk
mengurangkan penggunaan bawang dalam masakan, walaupun harganya tidaklah
semahalmana. Jika anda termasuk dalam kategori yang kurang menggunakan
bawang dalam masakan, anda mungkin boleh memikirkan fakta ini semula.
Bawang adalah mop terbesar semulajadi yang berada dalam badan manusia !

Ada di antara kita menyimpan lebihan bawang di dalam peti sejuk. JANGAN
BUAT BEGITU. Lebihanbawang yang disimpan di dalam fridge akanmenyerap 
semua toksin dalam udara dan peti sejuk anda. Jadi anda makan bawang dan 
anda makan toksin sekali. Sebaiknya tinggalkan saja lebihan bawang tadi di dalam 
pinggan dan biarkan ia terdedah di dapur untuk membersihkan udara dan 
menyeraptoksinyang ada. Anda bolehbuangbawangituke tong sampah 
di sebelah pagi dan dan gantikannya dengan yang baru setiap hari.

                                                       
keluarga bawang, penyerap toksin, khasiat bawang, kegunaan bawang,khasiat bawang merah,khasiat bawang putih, khasiat bawang besar, khasiat bawang kecil, bahan semulajadi penyerap toksin, memulihkan demam
Keluargabawang

Jika ada di antara kita yang sakit, cincang bawang dan letakkan bawang itu 
disebelah katil. Keadaan pesakit biasanya lebih baik di waktu pagi. Mungkin 
ada yang pernah melalui pengalaman dioleskan minyak yang dimemarkan bawang
kecil waktu dahulu oleh ibu ? Olesan minyak bercampur bawang merah ini bagus
untuk meredakan demam sebenarnya. Hebatnya ibu-ibu kita kerana mereka telah 
lama mengamalkan petua ini jauh lebih lama sebelum hasil kajian ini didedahkan.

Sebenarnya tapak kaki dan bawah lengan adalah dua tempat yang amat responsif
bila diletakkan bahan penyerap toksin mahupun untuk sapuan minyak. Dan
kerana bawang adalah anti-mikrob dan anti-bakteria, mencincang beberapa jenis
bawang dan meletakkannya di bawah telapak kaki memberikan kita akses kepada 
organ dalaman dan titik meridian tubuh. ( Sistem penghantaran Trans-dermal )
yang berlaku dan berfungsi dipermukaan kulit dengan efektif sekali. Dimana ia
melepasi/ memintas kepelbagaian asid perut dan terus sampai ke dalam darah.
Justeru penyembuhan akan berlaku dengan lebih pantas.
Selamat mencuba.




Bolehkah kita makan selepas berjogging ?

$
0
0
Jogging adalah bentuk senaman lembut di mana kita perlu berlari-lari 
anak  untuk tempoh larian tertentu yang kita sendiri tetapkan. Mungkin 
aktiviti berjogging ini mengambil masa 20 - 30 minit bergantung kepada 
staminapelakunya. Joggingjuga ditakrifkan sebagai salah satu daripada 
senaman kardio kerana aktiviti berlari perlahan itu berupaya mempercepat
denyutan nadi, meningkatkan kecergasan tubuh, membina stamina, mengeluar
kan peluh sehingga tubuh menjadi lencun malah membuat degupan jantung 
dan aliran darah menjadi lebih laju. Oleh kerana senaman ini berupaya 
meningkatkan kecergasan jantung, maka ia dinobatkan juga sebagai 
Senaman Kardio. Iaitu singkatan kepada cardiovascular yang merupakan 
komponen kepada jantung, paru-paru, darah dan otot.

Benarkah aktiviti berjogging boleh membantu untuk menurunkan berat badan ?

Berjogging bukan setakat membina kekuatan otot kaki, perut dan punggung.
Malah ia membakar sebanyak 374 kalori. Jadi jelaslah berjogging merupakan 
aktiviti yang dapat membantu mengurangkan berat badan. Iaitu bila dilakukan
secara konsistent dengan sekurang-kurangnya 3 – 4 kali seminggu.

Boleh kah kita makan selepas berjogging ?

Menurut pakar fisiologi di Fakulti Pusat Sukan Universiti Malaya ( Dee Mahmood );
Pengambilan makanan sebelum senaman amat digalakkan kerana ia dapat 
membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh sepanjang sesi senaman.

" Selepas bersenam, tubuh mula rasa ringan dan rasa lapar. Tetapi, sebaiknya 
jangan terus makan selepas bersenam. Juga jangan tidak makan langsung selepas
itu. Bahagian dalaman tubuh mungkin tercedera ketika bersenam jadipengambilan 
makanan sesuai perlu untuk proses pemulihan. "

Jadi misi aku adalah untuk menurunkan berat badan sebanyak 5 kg dalam 
masa 5 minggu dah terhenti sewaktu musim hujan yang lepas. Walau pun 
kawasan aku tinggal tidak terlibat dengan banjir ( ya la kawasan berbukit katakan ) 
tak le pulak aku dapat meneruskan aktiviti berjogging. Bukan kerana letih sebaliknya
kerana hujan yang turun hampir setiap hari terutamanya di sebelah petang 
menghalang aku dari meneruskan aktiviti tu. Boleh buat seminggu lebih jer……

Punah harapan untuk turunkan berat badan.

Berita dan sembang banjir

$
0
0


Elnino dijangkakan berakhir pada Mac 2015. Dan tiupan  angin Elnino sepatutnya
membawa pengaruh cuaca kering dan taburan hujan yang sedikit bila melalui
Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Namun siapa menyangka
kekuatan pengaruh Elnino dapat dipatahkan denganfenomena New Moon
( iaitu bila kedudukan bulan sangat hampir dengan bumi yang membawa pengaruh
airpasangdan banjir ). Memburukkan keadaan bila semua kejadian ini berlaku
di saat angin Monsun Timur Laut bertiup di musim tengkujuh......., BANJIR.
Banjir yang ibarat Tsunami kecil telah melanda negeri-negeri di Pantai Timur
dengan kemusnahan infrastruktur dan harta benda diberitakan mencecah 1 
billionAstagfirullah...., berat sungguh dugaan MU kepada Malaysia kali ini.



Permulaan tahun 2015 dimulakan dengan memungut sisa kekuatan dan ketabahan
untuk membangun semula dari kemusnahan akibat banjir. Memang negara ini tidak
berperang, tapi angka kemusnahan akibat banjir telah pun mencecah 1 billion dan
dijangka meningkat sehinggalah taksiran terakhir dibuat nanti.

Dalam kemelut krisis kejatuhan harga minyak dunia dan penyusutan nilai ringgit,
kerajaan di bawah Dato Sri Najib terus mengumumkan bantuan khas berjumlah
500 juta untuk semua mangsa banjir.

Alhamdulilah, setidak-tidaknya sebahagian daripada cukai GST yang berjumlah 
RM 34.806 bilion yang telah berjaya dipungut setakat ini ( ikut lapuran wawancara
Mingguan Malaysia dengan Datuk Seri Khazali Ahmad -  Ketua Pengarah Kastam
bertarikh 4hb Januari 2015), dapat disalurkan untuk kegunaan dana khas mangsa
banjir dan bagi membaiki kemudahan infrastruktur yang tentunya bakal menelan
belanja yang banyak. Mudah-mudahan kerajaan dapat mengelakkan kesilapan
dalam menguruskan pendapatan negara kali ini. Inilah hikmah dari kutipan GST
yang kita tidak sangka. Jika tidak, mana kerajaan nak kutip duit membantu negeri
- negeri dan rakyat yang diduga dengan musibah banjir ini ?

Terkini diberitakan Johor dan Negeri Pahang ( terutamanya mereka yang tinggal
di pesisir pantai bakal berdepan dengan ramalan gelombang banjir ke 3. Dan
jika mengikut lapuran jabatan kaji cuaca/meteorologi hujan lebat dan ribut petir
bakal berlaku di Johor dari 14/1 - 16/1/2015.
Ya Allah, amaran alam benar-benar kami rasai kini.

Dan hari ini ketika misi bantuan dan kemanusiaan bertali arus menuju Kelantan,
Trengganu dan Pahang, Hafizul Haq dan sepupunya ( Bukhari Muslim ) adalah
salah seorang dari yang menjadi anggota sukarelawan itu.

Anak sulung ku kecewa bila dia tak dapat pergi sama. Bukan kerana dia terlibat
dengan aktiviti lain. Sebaliknya hanya kerana dia perempuan. Sedangkan ahli
sukarelawan yang diperlukan adalah lelaki. Kata mereka mudah untuk mereka
memantau pergerakan dan penempatan. Lelaki boleh tidur di balai raya atau pun
di surau. Sedangsukarelawan perempuan, di mana nak mereka tempatkan ?

Dan sehingga hari ini Farah masih menunggu panggilan dari mana-mana NGO
yang memerlukan sukarelawan untuk menabur bakti di negeri-negeri yang dilanda
banjir. Farouk tak dapat turut serta kerana sedang bergelut dengan peperiksaan
'sempertama'.

Tapi yang buat aku angin hari ini ialah.., sewaktu kami sedang sarapan pagitadi,
Hafizul Haq tiba-tiba terbuka mulut mengatakan yang dia bawa seluar pendek
sebagai pakaian sewaktu membuat kerja nanti. Katanya lebih mudah bergerak.
Seluar pendek ?? Untuk buat kerja di Kelantan ?

Aku rasa nak luku kepala dia kat meja makan tu. Selalu fikiran dia tentang bab-bab
penyediaan pakaian tidak pernahlah mengecewakan seperti hari ini. Diaselalu tahu
pakaian yang bersesuaian mengikut etikadantempatnya. Seluar pendek ? Dia ingat
dia buat kerja sukarelawan kat Hong Kong ??

" Ala maa., budak MRSM kadang pun sengal juga. Wayar otak putus sebab banyak
sangat angkat beratkat gym." Daniel menyampuk selamba sambil menyental
roti cheese ke mulut. Mata Hafizul dahbulatmerenung muka si adik.
Budak umur 10 tahun ni memang boleh tahan mulut lasernya. Kalau aku tak ada
kat situ harus dah disepak mulut si Daniel tadi. Nasib baiklah di tempat awam....

                                   
berita, berita bajir, berita kejadian banjir,banjir gelombang ke 3, kemusnahan banjir, kemusnahan infrastruktur, angka kemusnahan akibat banjir, laporan meteorologi, sukarelawan banjir, bantuan banjir, derma banjir
  Lupakan perbezaan pegangan politik dan dahulukan niat untuk membantu
                            hanya kerana Allah semata.

sukarelawan banjir, negeri yang dilanda banjir, dana bantuan banjir, kerja pembersihan banjir, belia plkn, belia bantu banjir, banjir besar, fenomena new moon, angin monsun timur laut, tsunami kecil, negeri pantai timur








Daun stevia

$
0
0


Pernah terbaca beberapa kali tentang kegunaan daun stevia tapi aku tak
pernah ambil endah sehinggalah satu hari suami aku pulang dengan membawa
hadiahitu. Pernah beberapa kali terserempak dengan manisan stevia yang dijual
 di Tesco dan pernah juga guna sekali dua serbuk manisan itu, tapi khasiatnya tetap
tidak aku pedulikan. Tak pernah nak ambik tahu pun sebenarnya.

Suami aku tahu aku tak suka gemuk dan tak suka juga diet yang drastik.
Dah malas nak bersenam kecuali buat aktiviti turun naik tangga dan aktif bergerak
didalam rumah. Dia tau aku cepat tension bila berat badan aku naik. Jadisatu hari
tu, dia bawakan lah aku sebekas daun stevia nih.

                                                       
khasiat daun stevia, manisan stevia, daun stevia kering, daun stevia untuk kuruskan badan, ubat kencing manis, ubat darah tinggi, ubat kurus, haluskan kulit, lawaskan buang air besar, hilangkan gemuk, cara murah untuk kurus, daun stevia, khasiat stevia

Apakhasiat DAUN STEVIA ?

·       Sebagaipemanissemulajadi
·       Untuk merawat sakit kencing manis
·       Merawatobeseti @ kegemukan
·       Merawat darah tinggi
·       Merawat Luka
·       Merawatlukaterbakar
·       Melembutkankulit
·      Membantu menghadam makanan
·        Menyuburkanhempedu @ pancreas
·       Mengimbangi gula dalam darah
·       Melicinkan kedutan kulit
·       Menyembuh kecacatan kulit dan luka


Cara menggunakan daun stevia ini sangat mudah. Hanyamasukkan 
beberapa helai ( anggaran 3 – 5 helai ) daun kering ini ke dalam gelas dan rendam
untuk selama 5 minit. Atau mudah cerita biarkan air tadi berubah warna agak 
kehijauan. Lepas tu baru diminum. Jika orang yang tak biasa minum, awalnya 
mereka akan terasa sedikit pahit atau rasa yang pelik di tekak. Tapi istimewanya 
daun stevia, rasa manis itu akan datang kemudian. Best.

Semua anak aku mencebik bila tau aku menggunakan daun stevia. Tapi aku kisah 
bebSebab lama kelamaan tekak aku dah jadi biasa dengan rasanya sehingga dah
jadi macam ketagih pulak. Kalau satu hari aku tak minum air stevia, rasa tak menentu.

Dan kesan yang lebih jelas akibat penggunaan daun stevia ini adalah :-

1.      Lidah aku dah mula rasa tak selesa bila minum air manis kecuali teh ais hehe
2.      Aku kurang selera makan dan lebih kerap rasa kenyang.,

Sehingga aku pelik, mana hilangnya nafsu makan aku ?
Jadi memang tak heranlah kalau orang menuliskan khasiatnya juga adalah untuk 
menurunkan berat badan………

Sekian, terima kasih.



Merrepak

$
0
0

Sekian lama aku mengikuti tulisan pojok Johardy Ibrahim di Mingguan Malaysia.......
( Ia ke tulisan pojok ? Ke aku salah tafsiran ? ) baru aku perasan yang kolumtulisan
itu dah ditukar sebagai kolum'merrepak'.Seronok membaca tulisan Johardy yang
sentiasa santai, lucu tapi berisi. Sesekali aku tertinggal repekan merrepak terasa
teramatrugi.

Kadang mencubit tak terasa
Sesekali ditampar tapi tak terjerit

Ouch !! Tapi garapan penanya membuat aku menjadi pelanggan setia Mingguan
Malaysia, walaupun  kebelakangan ini aku hanya mampu menghabiskan bacaan
setelah satu minggu akhbar itu terperap. Tak macam dahulu, biasanya dalam
masa 1 jam aku dah boleh habiskan bacaan. Aku rasa aku dah terlalu terpengaruh
dengan internet melebihi bacaan secara konvensional.

Berbalik kepada perkataanmerrepak, puas dah aku google di kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka tapi tiada sebarang carian yang menyamai maksud perkataan
itu. Jadi apa maksud perkataan merrepak sebenarnya ? Ada sesiapa tahu ?

Seingat aku kali pertama kali aku dengar perkataan merrepak adalah sewaktu
kami berkelah di Pulau Jerejak pada bulan April 2011. Waktu tu aku dan Daniel
bersama anak-anak saudara ku duduk berhayun di dahan pokok sebelum terjun
ke air. Waktu tu Daniel baru berusia 7 tahun. Baru 3 bulan masuk darjah satu.

                                  Burung merrepak di dahan sini
                                  Makbapak siapa yang dahlari ni ?

Sambil matanya melerek melihat kakak dan abang ipar aku duduk berduaan
di tebing membiarkan anak-anaknya ( sepupu-sepupu Daniel ) mandi manda dan
buat terjun tiruk dari dahan pokok di Pulau Jerjak.

Aku takjub dengan dia, kerana aku tak pernah dengar budak umur 7 tahun mampu
melontarkan pantun walau sekadar pantun 2 kerat. Sambil berhayun di dahan
pokok aku mencari erti merrepak yang masih tak ku temui sehingga kini.

                                 
maksud merrepak, merepek,pulau jerejak, pantun 2 kerat, erti merrepak, merepak, merrepak johardy ibrahim, merrepak mingguan malaysia, merrepak online










Selepas balik mandi manda di  pulau itu, baru aku perasan yang tapak kaki aku luka
kerana terpijak batu-batutajam dan....oh ya, pulauitudahulunya ditaburi kaca untuk
mengelakkanbanduan melepaskan diri dari situ.

OBEWRAP VS DIET/SUNTIKAN HCG

$
0
0
Masih dalam misi mengurangkan berat badan sebanyak 5 kg…….jer. 
Sebenarnya kalau dapat Kurang 3 kilo pun dah ok. Minum cuka epal memang 
berkesan untuk menurunkan berat badan tapi mestilah disertai dengan senaman. 
Oleh kerana sekarang aku dah macam malas nak bersenam dan misi berjogging
pun terhenti kerana masih terpengaruh dengan cuaca bulan disember
(sebelah petangnya cuaca lebih kerap hujan daripada kering ) aku  terpaksa
mencari alternative lain. Alasan jer tu sebenarnya....hahaha, abaikan.

Yang paling hot di pasaran ( kalau dari segi produk untuk membuang lemak ), 
tentulah OBEWRAP - PEMBALUT KAIN TARIK LEMAK yang didatangkan
dariKorea. Sebungkus Obewrap mengandungi OBEWRAP Tightening Cold Wrap
(Dingin) danOBEWRAP Fat Burn Hot Wrap (Panas). OBEWRAP mengandungi 
esen semulajadi yang mudah diserap juga bermanfaat bagi penguraian lemak. 
Mudah dan berkesan tanpa melakukan latihan senaman yang meletihkan. 
Erghh, ….itu pun kalau sempat bersenam ler.

                                         
obewrap untuk kurus, esen semulajadi untuk kurus,produk kurus dari korea, diet  hcg, suntikan hcg untuk kurus, suntikan kurus

Balut selama 30 – 45 minit di bahagian badan yang ingin dikecilkan.….., 
Ohh ambilukurlilit bahagian badan tu dulu sebelum……….TARAAAA !!!
Ya bahagian badan yang dikecikkan menunjukan perbezaan saiz, dia kata 
( Err….. iklanpromosi tu cakap cengitulahAku belum try lagi OBEWRAP 
ni sebenarnya.

Atau cara yanglebih senang adalah dengan mengambil suntikan HCG untuk kurus.
Harga RM 800 per rawatan mengikut bahagian badan yang ingin dikuruskan. 
Yang ini lebih terjamin la kesan rawatannya. Tak ada kesan yoyo. Suntikan....

What ?Suntikan ?? Mesti ramai yang seriau bila baca perkataan ni kan ?
Tak apa ….., next entri la aku terangkan pasal diet/suntikan HCG ni. Sekarang 
dah mengantuk aku nak tidur dulu. Sebelum tidur sapu je lah dulu lotion serbaguna 
Anugerahtu. Kalau tak boleh membantu kurus pun paling tidak ,boleh gak
mengawal selulit supaya tidak meliar kat badan nih.

Rawatan HCG untuk kurus ?

$
0
0
Apa itu rawatan HCG ?Rawatan HCG adalah gabungan suntikandan diet yang
menggunakan Human Chorionic Gonadothropin dalam kaedah rawatannya.
Terdapatpendapat yang mengaitkandiet HCGsebagaiketagorimelampau
kerana ia melibatkan Suntikan. HCG @ Human Chorionic Gonadothropin
adalah hormone wujud secara semulajadi dalam tubuh wanita saat  mereka hamil. 
Hormon ini berada di dalam darah dan dikeluarkan oleh sel placenta.
Pada wanita hamil hormon ini meningkatkanmetabolisme wanita hamil untuk 
keperluan diri dan bayi yang dikandung olehnya

                                         
diet HCG, rawatan Hcg, Suntikan Hcg, injection HCg, kesan sampingan suntikan HCG untuk kurus, kesan dramatik HCg,
                                                 

Istimewanya rawatan dan suntikan HCG ini boleh dilakukan oleh lelaki dan 
perempuan. Sementara suntikan HCG pula hanya memerlukan dose 125iu - 200iu 
sehari.  Diet HCG dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang dramatik sehingga
satupaunsehari. Dan jangan terperanjat ada yang membuat rawatan HCG 
ini mampu untuk hilang berat badan sehingga 5 kg atau mungkin lebih 
dalam masa seminggu !

Yang bagusnya tentang kurus menggunakan kaedah HCG ini adalah kesannya 
tidak akan ‘rebounce’ Atau tidak berlaku kesan YOYO pada berat badan anda. 
Suntikan HCG biasanya datang dengan program dietnya sekali di mana menunya
tetap menyelitkan pengambilan daging merah dengan kiraan kalori yang tertentu. 
Malah Diet HCG juga tidak membenarkan senaman berat.
Terkejut?

Jangan terkejut.Nak tahu lebih lanjut baca DI SINI. Dr. Mehmet Oz Cengiz juga
dikenali sebagai Dr Oz, adalah pakar pemakanan dan bedah kardiotorasik, 
pengarang buku kesihatan berkaitan pemakanan dan personaliti televisyen 
Turki-Amerika. Kalau tinggal di Johor, program Dr Oz dapat ditonton melalui
siaran tv Singapore jika tak silap setiap hari selasa jam 10 pagi.


*****
Adakah aku terlalu taksub dengan berat badan atau memang taksub untuk kurus ? 
Sebenarnya kalau ikut pendapat aku sendiri. Kurus sangat pun bukannya cantik. 
Terlalukurus untuk orang yang berangka kecik macam aku, hanya akan menjadi
kan aku kelihatan seperti budak sekolah rendah. So nak kurus pun patut-patutlah
Cuma jika menurut kajian, semakin bertambah ukur lilit pinggang seseorang 
semakin dekatlah ia dengan berbagai penyakit degenerative masa kini, dan aku 
memang tak mau perkara tu terjadi pada diri aku.

Jika orang lain bertukar ganti fesyen baju, aku masih selesa mengenakan baju
lama yang masih aku gunakan( sesekaliguna sebenarnya ) sejak 20 tahun yang
lalu. Ada beberapa helai baju kebaya kota baharu, yang aku masih boleh kongsi
pakai dengan anak sulong ku dan dia juga tidak segan menyarung baju aku yang 
lama.

Aku masih menyarungkan seluar jean yang aku beli 10 tahun yang lalu. Cuma 
dah tak berapa selesalah sebab dah rasa agak ketat dan kadang terasa macam
pakai sarung nangka, jadi aku buka semula. So terpaksalah aku sarung seluar
Ahmad Albab jer kebelakangan ni.



Laughter is the best medicine

$
0
0
                                     
medicine, best medicine,laugh,laughter, TNB bill, cooking oil, chinaman, gift, his wife, new car
Image from Google

1.   When your life is in darkness....., pray to God and ask HIM to free you from
      darkness, and.....if you are still in darkness, please  pay your TNB bill.

2.   When a man opens the door of his car for his wife,you can be sure of one thing;
      Either the car is new OR his wife is new.

3.   An angry Chinaman entered a shop and shouted ; 
      ' Where is my free gift with this cooking oil ?'
      Shopper ;  What free gift?
      Chinaman; Ooi, here got put Cholesterol FREE !

4.   If you need ADVICE......., SMS ME
      If you need DARLING...., CALL ME
      If you need HELP............, EMAIL ME
      If you need MONEY......., NOMBOR YANG ANDA DAIL TIADA DALAM
                                                 PERKHIDMATAN KAMI.

5.   What is the difference between stress, tension and panic ?
      -  Stress is when wife is pregnant.
      -  Tension is when girlfriend is pregnant
      -  Panic is when both are pregnant

6.   Grammar teacher ; Do you know the importance of a period ?
      Kid ; Yeah, once my sister said she has missed one, my mom fainted. 
                My dad got a heart attack and our driver ran away.........

7.   A young boy asks his dad ;What is the difference between confident and
                                                   and confidential ?

      Dad says ; You are my son, I'm confident about it. Your friend over there is
                        also my son. That is confidential.

                                              Muahahahahahaha..........
    

Jom makan belut

$
0
0
BelutSumpah mati kalau aku tahu makanan yang dihidangkan pada aku itu
adalah belut, memang aku tak makan. Tekak terasa kembang dan otak aku
aku terus terbayang badan panjang licin seperti ular dan kepala pun mirip
ular juga.Ceritalah macam mana sedap pun masakan exotik itu memang tak
akan aku  sentuhBelut, membayangkan bentuknya aja dah buat aku geli
geleman mengalahkan aku terpandang lintah.



Depa kata kalau nak Laksa Penang sedap kuahnya selain dicampur sardin,
kalau nak lebih sedap campurkan dengan belut. Mula-mula dengar kakak aku
cerita ' penyedap ramuan laksa utara ' tu..., tekak aku kembang. Dia tersengih.
Tapi aku yang mencebik dan mengerutkan hidung. Tapi masa aku selalu berulang
alik ke Kelantan dulu terutamanya di Tanah Merah selalu pulak aku terbaca menu
atau restoran yang menyajikan belut sebagai hidangan utama mereka. Sup Belut !

Allah Hu Akbar, otak aku cepat je membayangkan badan ular yang dicincang
menjadi sup. Begitu fobianya aku pada ikan yang bernama belut. Ada orang
kata belut nilah sebenarnya Ikan Linang. Betul ke ? Aku tak arif malah tak
pasti sebenarnya. Yang aku tahu tempoh hari sewaktu aku menghabiskan masa
anak beranak, Farouk ajak aku singgah di sebuah kedai Tom Yam di Gombak.

Sebenarnya dia nak ajak aku makan kerabu kaki ayam. Katanya kedai makan
di Gombak tu sedap sangat kerabunya. Tapi waktu kami sampai di kedai makan
yang dimaksudkan....., kedai tu baru buka dan tengah bersiap. Kami mengubah
haluan. Pegi kedai sebelah yang kelihatannya kemas tapi suasana lembap dan
lengang. Aku kata, nasiblah kan, kalau kedai yang kami masuk tu masakannya
tak sedapMaklumlah nampak lengang. Tak sampai 20 minit kami order semua
masakan yang dipesan sampai. Dan salah satunya adalah BELUT ! Hahaha......
anak-anak aku kenakan aku dengan memberi cabaran makan belut.

Kata Farouk," kalau mama berani makan belut ni...., balik rumah nanti baru abang
makan kari rebung tetel mama. Makan kasi habis."

Terseksa sungguh aku dengan cabaran tu. Otak aku terus aja menerawang dan
membayangkan daging ular yang bakal sampai. " Makan !! Makan !! Makan Ma !!
Dia orang adik beradik bergendang guna garpu dan sudu nak suruh  aku ambik 
ketulan belut goreng berlada yang terhidang.

" Ok, mama boleh makanTapi semua makanan ni abang yang bayarBoleh ? "
" Jangan risau, bill on me," Farouk balas semula.
Ceh..., berlagak. Baru dapat duit PTPTN ler tu. Esok-esok dia dapat MARA nak dera
aku makan apa pulak......

                             
resepi belut, khasiat belut, sup belut, belut goreng berlada, makan belut, ternakan belut, cari belut, belut elektrik, belut goreng, laksa belut, ramuan sup utara
Baca doa, baca doa
                                         

Nampak pinggan berisi  hidangan berwarna coklat kehitaman  ?
Itulah belut goreng berlada.
SEDAP YOUUUUUU !!!

 Sumpah lepas ni aku ler yang ketagih hehe.....

ROTAN

$
0
0
ROTAN ANAK PUN SALAH ?
Bila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri 
Rohani Abdul Karim berkata, ‘ROTAN ANAKBAKAL MENJADI SATU 
KESALAHAN JENAYAH jika, rang undang-undang baru yang akan digubal
diluluskan. Berita initerusmenjadi tajukbesar yang kemudiannya mencetuskan 
polemik bukan saja diakhbarmalahdimedia socialjugaRamai yang tidak 
bersetuju dengan perlaksanaannya walaupun ianya belum mendapat kelulusan 
lagi. Biarpun rang undang-undang itu bermaksud baik. Iaitubagi melindungi
anak-anak dari penganiayaan dan penderaan dari ibu bapa yang tidak bertanggung
jawab tapi,  secara keseluruhan ia mengikis hak Ibu Bapa dalam mendidik displin
anak-anak mereka sendiri. Lalu ke mana dicampakkan hak sebagai ibu bapa 
dalam mendidik dan menegur anak ? Sedangkan menjadi ibu bapa di zaman 
sekarang, cabarannya getir sekali. Merotan sebenarnya adalah pilihan terakhir
ibu bapa.

                                        
undang-undang merotan, rotan tapak kaki, merotan satu kesalahan jenayah, rotan hak ibu bapa, anak hak siapa, hukuman rotan, cabaran sebagai ibu bapa, rotan,merotan, tidak dirotan

Janganlah hanya kerana kita telah menandatangani perjanjian di Konvensyen 
Mengenai Hak Anak-Anak ( CRC ) maka hak ibu bapa pula dinafikan. Seorang
anak secara semulajadi lebih cekap  menggunakan kuasa psikologi mereka supaya 
ibu bapa sentiasa luluh hati untuk tidak dirotan. Dan uniknya kuasa psikologi anak
ini mampu membuat orang lain menjadi simpati dan bermati-matian 
mempertahankan mereka dari dihukum.

Soalnya lagi sekali, siapakah yang akan mempertahankan hak ibu bapa pula ?
  
Merotan tidak bererti kita zalim. Sebaliknya ia lebih kepada mendidik, kalaupun 
dalam bentuk memberi rangsangan sakit ( yang paling minimum ), kerana rasa sakit 
itusendirimembentuk satu learning proses dalam otak mereka. Malah ia akan
mempercepat 'firing level'untuk belajar. Fikiran mereka akan jadi terbuka

Jika merasa berlebihan merotan di kaki ( bimbang berbekas ), ROTANLAH 
DI TAPAK KAKI. Merotan di tapak kaki bukan saja tidak meninggalkan bekas
yang lama dikulit. Biasanya dalam satu jam,kesan rotan itu dah hilang. Malah
terkadang, ianya tidak berbekas langsung. Dari itu berjaya membuang rasa marah 
dan meradang di hati anak-anak kerana tiada bekas lebam yang kelihatan di badan
mereka. Malah perbuatan itu mampu merangsang segala urat saraf yang terdapat
di kaki untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Ada beberapa kaedah yang perlu kita lakukan sebelum merotan anak-anak tadi.

1.     Sematkan dalam hati yang kita tidak berniat mencederakan mereka sebaliknya
      HANYA sebagai jalan terakhir mendidik anak apabila didikan secara lembut
      tidaklagimampan.

2.   Gantung rotan di ruang tengah atau di mana-mana tempat yang mudah dilihat
      olehanak. Tindakan begitu bagai memberi amaran psikologi kepada anak-
      -anak menjaga tingkah laku.

3.   Maklumkan kepada mereka apakah kesalahan yang akan mengakibatkan
      mereka dirotan. Sayabiasanya  menegur mereka there and then ( di saat
      mereka buat salah). Teguran berserta amaran akan saya ulang sebanyak
      3 kali supaya mereka tidak membuat kesalahan yang sama. Kalaumereka
      ulang lagi kesalahan yang sama...., kali ke 4 - baru lah kita rotan.

4.   Jangan merotan di bahagian dada,mahu pun lengan ke atas.Apatah lagi jika
      tersebat ke bahagian muka. Mendidik bukan bermaksud mencederakan.
        
5.   Datangilah semula anak-anak yang telah dirotan itu dengan lembut. Peluk
      danusaplah bahagian yang kena rotan itu tadi. Beritahumereka dengan
      jelas kesalahan yang telah mereka lakukan sehingga mereka dirotan.
      Biasanya anak-anak, bila kita memeluk dan mengusap semula bahagian
      dirotan..., akan berguguran air mata dan mengakui kesalahan mereka
      sendiri.

      In sya allah anak-anak tidak akan berdendam. Sebaliknyamenerima
      perlakuan tadi sebagai satu bentuk didikan atau terapan displin dari
      ibu bapa.


            Nota:  

                 Saya sokong rotan dan jangan ambil hak itu dari kami.







Killing me softly

$
0
0
DULU BLOCK
SEKARANG GOBLOK

Macamtakfahamkan ?Takapa. Tak faham lagi bagus.
Goblok tu adalah perkataan jawa yang bermaksud bodoh.
Haaa.....macam tak sedapkan bunyinya ? Tapiinilahmanusia plastik yang
selalu buat aku rasa nak muntah. Kat depan bukan main manis, bila bersalaman
siap peluk dan laga pipi bagai......
Nyatanya ?

Huh..., tulis banyak pun tak guna, nanti banyak pulak rahsia yang terburai. Tapi
memang aku rasa nak muntah tengok perangai hamba Allah yang sorang ni.
Bukan kerana dia blok aku kat sosial media tapi kerana aku tahu apa yang dibuat
nya itu memang bukan ikhlas pun. Semata-mata nak menunjuk kat suami dia
yangdia 'maduterbaik.'

Bak kata sorang teman....Puii !!

                                  Strumming my pain with his fingers
                                 singing my life with his words
                                 killing me softly with his song
                                 killing me softly with his song
                               telling my whole life with his words
                                      killing me softly.................
                                  
dendam, madu, madu terbaik,melerai dendam, goblok, bahasa jawa, strumming my pain, killing me softly, sakit, sakit jiwa,pedih hati, bermuka-muka




Tikam belakang dan cara merawatnya.

$
0
0

Maksud peribahasa tikam belakang. Tikam belakang bererti dikhianati 
oleh orang yang paling kita percayai. Memang sakit kan ? Tapi lebih sakit 
lagi bila ditikam oleh musuh yang kita kenali. Musuh yang tidak disangka
itu siap untuk menusuk senjata saat kita berundur mencari tempat
perlindungan.

Bak kata penyanyi Indonesia, Cita Citata…..

Sakitnya tu disini, di sini
Sakitnya tu di dalam hatiku

Aku ?Lupapadaorang yang mengkhianati aku ?
Mungkin bukan mudah. Sukar dilupa sampai ke mati. Ibarat pasu
kaca yang terhempas walau boleh dicantum pecahannya tidak akan
mengembalikan bentuk yang asli lagi.

Nasihati aku supaya memaafkan ?
Jangannasihatiaku. Marah ini hanya terlerai bila salah seorang dari 
kami telah tiada. Memang sadis bunyinya. Sadis, kerana secara semula jadi aku
memang susah untuk marah. Dalam kebanyakan masa aku lebih memilih bertolak
ansur. Tapi aku juga manusia biasa yang punya kelemahan dan masih mencari
cara terbaik untuk  'Mengurusdendam yang terindah'ibarat memerhati cara
Maharani Cina menumpaskan saingannya dengan senyap dan penuh gaya. Klasik.
Jadi benarlah orang kata ; jangan biarkan marah menjadi dendam.      
                               
mengurus dendam yang terindah, dendam, maksud peribahasa tikam belakang, cara mengendalikan perasaan marah, berdamai dengan emosi, terima kekalahan, backstabbing, tikam belakang, emosi marah, cara mengendalikan emosi, kalis kecewa, luka, the art of healing a broken heart

Mungkinkah ada cara mengurus dendam hingga ia menjadi seni kepada
the art of healing a broken heart ?Perkara di bawah adalah langkah yang
aku pernah lakukan.

Hipnotisediri dengan langkah berikut :-

1. Belajar menerima kekecewaan.
    Jika anda perlukan sehari suntuk untuk menangis -lakukanlah. 1 hari,
    2 hari, 3 hari..., menangislah sepuas hati. Kerana anda akan lelah selepas
    itu. Air mata yang keluar akan menjadi ubat penenang dan dapat meminimum
    kan tempoh penyembuhan akibat kekecewaan yang dialami.
 
2. Pamerkan rasa sakit hati anda -
    Tapiharuslahdalamskala yang terkawal. Belajar untuk tidak memalukan
    diri anda dan orang yang telah menyakiti hati anda di khalayak ramai.
    Tapi sampaikan mesej kepadanya yang anda memang terluka.

3. Berdamailah dengan emosi anda
    Jika anda rasa perlu memaki, maki saja dia tapi BUKAN DI TEMPAT 
    AWAM. Anda boleh dia memaki sepuas-puasnya di depan cermin, di bilik
    tidur anda sendiri. Maki sehingga perasaan anda reda dan anda terima ia
    sebagai satu pernyataan kalah.

    Anda telah kalah, so what ? Jika anda rasa perlu menjerit, carilah tempat
    sesuai yang jauh dari suasana hiruk pikuk dan jeritlah untuk melepaskan
    kemarahan. Kemarahan yang tertahan hanya menimbulkan dendam yang
    akhirnya membuatanda merana untuk tempoh yang lebih lama lagi.

 4. Lakukan perkara yang anda sukai. Anda suka memasak ?
     Masaklahmakanan yang paling sedap yang anda mampu masak.
     Memasak mampu menjadi terapi jiwa yang hebat. Jika sebelum ini anda malas
     menanam bunga, tanamlahbunga yang paling anda suka. Aktivitimenanam
     bunga mampu menerbitkan rasa relex hingga anda rasa lebih tenteram.
     Rasa nak kemas rumah ? Kemas rumah sampai berkilau semua perabut dan
     peralatan. Kalau larat kilatkan juga semua bilik mandi.

5. Bersedialahuntuk memaafkan.
    Sediakan sehelai kertas kajang dan tuliskan semua kebaikan si dia.
    Tulis  semua perkataan-perkataan baik yang pernah diucapkannya
    pada  anda. Tulis semua perbuatan baik si dia yang pernah melembutkan
    hati anda. Tulis semua kenangan manis anda dengannya. Ingatsemua
    perkara yang anda pernah lakukan bersama. Ingat sehingga otak anda
    letih dan anda mampu meletak noktah kepada kenangan lama.

    Sebenarnya lagi banyak anda  menulis dan mengingat perkara positif 
    tentangdia, akanlebih mempercepat kesembuhan jiwa dan anda tidak
    akan punya masaalah untuk memaafkan musuh anda mahupun orang
    yang telah mengkhianati anda.

    Lebih cepat anda memaafkan, bererti lebih cepat anda melupakan perkara
    yang menyakiti hati. Bila luka dihati sudah sembuh, percayalah anda
    sebenarnya sudah berjaya membentuk imun yang kalis kecewa dan
    kalis luka.





    





Viewing all 146 articles
Browse latest View live